MINISTRY OF ENTREPRENEUR AND COOPERATIVES DEVELOPMENT (MECD)
Preparing Portal. Please Wait..
PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK)
/PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK)
Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) merupakan sebuah bahagian di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi seperti yang berikut:
Bertanggungjawab dalam penarafan syarikat Bumiputera bagi perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan Kerajaan mengikut arahan Pekeliling Perbendaharaan yang berkuat kuasa;
Melaksanakan penguatkuasaan terhadap syarikat-syarikat Bumiputera yang terdiri daripada aduan, rayuan dan tatatertib;
Melaksanakan Program Pembangunan Kontraktor & Usahawan Bahan Binaan Bumiputera;
Menguruskan Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK);
Mempromosikan e-vendor bagi meningkatkan bilangan pendaftaran vendor binaan Bumiputera; dan
Melaksanakan program promosi vendor binaan Bumiputera seperti pameran, taklimat produk dan program padanan.