amaruddin bin isa
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
Memastikan semua infrastruktur keselamatan ICT Kementerian menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Dasar Keselamatan ICT dan Arahan Keselamatan Kerajaan.
Menyediakan dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT Kementerian bagi tujuan audit keselamatan ICT.
Mengenalpasti bidang-bidang keselamatan ICT Kementerian yang perlu diberikan perhatian.
Memastikan tahap keselamatan ICT Kementerian adalah terjamin setiap masa.
Memastikan semua warga Kementerian memahami keperluan standard, garis panduan dan prosedur keselamatan di bawah Dasar Keselamatan ICT Kerajaan.
Menjalankan penilaian risiko dan program-program keselamatan ICT di Kementerian.
Mewujudkan pelan tindakan bagi mengurus risiko akibat daripada ketidakpatuhan kepada standard, garis panduan dan prosedur keselamatan ICT di Kementerian.
Melaporkan kepada GCERT Kementerian mengenai sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku di Kementerian.
Membantu dalam membangunkan standard, garis panduan dan prosedur untuk aplikasi, sistem dan infrastruktur ICT di Kementerian bagi mematuhi keperluan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan.
Mewujudkan program-program bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan mengenai teknologi dan mekanisme kawalan maklumat dan aset ICT, ancaman-ancaman siber serta peranan dan tanggungjawab pengguna dalam mengendalikan kemudahan ICT di Kementerian.
Menyebarkan dan menyalurkan amaran awal terhadap ancaman-ancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT Kementerian.
Mengurus keseluruhan program keselamatan ICT Kementerian.