logo

POLISI E-PENYERTAAN 

Polisi ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

KUSKOP sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkannya meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik serta tadbir urus yang teratur.

Objektif e-penyertaan bertujuan melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti kajian atas talian, aduan awam, maklum balas pertanyaan, e-mel dan media sosial rasmi KUSKOP seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.

KUSKOP amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. 1.   Sebarang kenyataanyang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang samasekali.
  2. 2.   Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi dan mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  3. 3.   Elakkan daripada menggunakan bahasa kesat dan kenegerian.
  4. 4.   Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  5. 5.   Topik dan capaian ke laman web lucah adalah dilarang sama sekali.
  6. 6.   Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan Copyright Law, Trademark, Patent dan lain-lain.
  7. 7.   Dilarang menggunakan ruangan e-penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mel sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  8. 8.   Dilarang memuat naik fail-fail yang mengandungi virus komputer seperti “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  9. 9.  Pihak pentadbir ruangan e-penyertaan dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang dibuat di dalam ruangan e-penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  10. 10.   Pihak pentadbir ruangan e-penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  11. 11.   Pihak pentadbir ruangan e-penyertaan berhak meminda Polisi e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
  12. 12.   Sebagai peserta atau untuk mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Polisi e-Penyertaan.
divider