logo

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT

Enakmen Kebebasan Maklumat digubal dengan tujuan mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam dan untuk memberi kepada setiap individu peluang mengakses maklumat yang dibuat oleh kementerian, jabatan atau agensi-agensi melalui permohonan yang dikemukakan kepada kementerian, jabatan atau agensi-agensi yang berkenaan.

Malaysia mengamalkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan melibatkan orang awam atau rakyat seiring dengan definisi Kerajaan Terbuka. The Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) mendefinisikan Kerajaan Terbuka sebagai keterbukaan terhadap proses-proses kerajaan, prosedur, dokumen dan data kerajaan bagi pengawasan dan pemeriksaan oleh orang awam atau rakyat.

Pada 11 Julai 2018, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menggubal Akta Kebebasan Maklumat (FOI) bagi peringkat Persekutuan. Penggubalan ini akan diterajui oleh Menteri Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung menerusi saluran ADU@KUSKOP

divider