logo

amaruddin bin isa

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

    • Memastikan semua infrastruktur keselamatan ICT Kementerian menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Dasar Keselamatan ICT dan Arahan Keselamatan Kerajaan.

    • Menyediakan dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT Kementerian bagi tujuan audit keselamatan ICT.

    • Mengenalpasti bidang-bidang keselamatan ICT Kementerian yang perlu diberikan perhatian.

    • Memastikan tahap keselamatan ICT Kementerian adalah terjamin setiap masa.

    • Memastikan semua warga Kementerian memahami keperluan standard, garis panduan dan prosedur keselamatan di bawah Dasar Keselamatan ICT Kerajaan.

    • Menjalankan penilaian risiko dan program-program keselamatan ICT di Kementerian.

    • Mewujudkan pelan tindakan bagi mengurus risiko akibat daripada ketidakpatuhan kepada standard, garis panduan dan prosedur keselamatan ICT di Kementerian.

    • Melaporkan kepada GCERT Kementerian mengenai sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku di Kementerian.

    • Membantu dalam membangunkan standard, garis panduan dan prosedur untuk aplikasi, sistem dan infrastruktur ICT di Kementerian bagi mematuhi keperluan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan.

    • Mewujudkan program-program bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan mengenai teknologi dan mekanisme kawalan maklumat dan aset ICT, ancaman-ancaman siber serta peranan dan tanggungjawab pengguna dalam mengendalikan kemudahan ICT di Kementerian.

    • Menyebarkan dan menyalurkan amaran awal terhadap ancaman-ancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT Kementerian.

    • Mengurus keseluruhan program keselamatan ICT Kementerian.

divider