logo


Syarat-Syarat Kelayakan Pendaftaran SE Asas:
1) Berdaftar dengan mana-mana badan pendaftaran yang sah di sisi undang-undang Malaysia (contoh: SSM/SKM/PBT/ROS).
2) Telah beroperasi selama sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
3) Mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
            i) Sijil pendaftaran syarikat/perniagaan;

ii) Penyata akaun beraudit terkini bagi tahun kewangan yang tidak melebihi atau bersamaan dengan 12 bulan dari tarikh  permohonan) ATAU Penyata Akaun Bank (bagi 6 bulan terkini).

4) Mempunyai matlamat dan impak sosial/alam sekitar yang jelas.
5) Mempunyai sasaran penerima manfaat yang jelas dan spesifik.
6) Mempunyai model perniagaan yang mampan.


Sila klik pautan di bawah untuk mendaftar sebagai SE Asas:

BORANG PENDAFTARAN SE ASAS

Berikut merupakan proses-proses yang akan dilalui pemohon setelah mengisi borang pendaftaran SE Asas:
1) Keputusan permohonan SE Asas sama ada berjaya atau tidak, akan dimaklumkan melalui emel pemohon.
2) Tempoh keputusan dimaklumkan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.


divider