MOHD ASRI BIN MOHAMED
PERANAN CIO/CDO
Memantau pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian yang mengandungi perancangan pengunaan ICT dalam menyokong pencapaian matlamat Kementerian.
Memperkenalkan dan menyepadukan proses-proses yang bersilang fungsi antara agensi bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.
Menyelaras pembangunan, pengendalian dan pengurusan sistem dan infrastruktur IT yang utuh dan selamat serta berdasarkan kepada ciri modular, connectivity, inter-operability dan portability.
Menentukan hala tuju sistem aplikasi Kementerian bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan serta pengoperasian.
Memelihara integriti data elektronik, menggalak perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada dalam atau luar Kementerian.
Menganggotai Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan atau Jawatankuasa Utama yang menggubal dasar dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha.
Mempromosikan penggunaan ICT yang berkesan seiring hasrat untuk mencapai matlamat strategik Kementerian serta bertindak sebagai agen dan perintis perubahan (Champion of Change).
Memimpin dan melibatkan Kementerian dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek ICT sektor awam yang membawa dalam pengurusan dan pentadbiran perkhidmatan awam.