s



Perkukuh kemahiran, tingkatkan keupayaan dan bangunkan asas perniagaan anda!
1

PROGRAM BANGKIT


Agensi: INSKEN

Keterangan Program: Bimbingan perseorangan 3 bulan oleh pakar industri bagi perniagaan yang beroperasi lebih dua tahun, bertujuan untuk mengembangkan skala syarikat, meningkatkan jualan, dan menambah peluang pekerjaan.

2

PROGRAM LATIHAN KEUSAHAWANAN INSKEN (MOFA)


Agensi: INSKEN

Keterangan Program: Pengalaman pembelajaran intensif berasaskan pendekatan teknikal, praktikal dan terkini yang mempersiapkan usahawan perusahaan konvensional dan perusahaan sosial untuk berkembang secara mampan dan berimpak memfokuskan kepada MOFA (Pemasaran, Operasi, Kewangan dan Pentadbiran).

3

PROGRAM KEUSAHAWANAN INSKEN (SELAIN PROGRAM BANGKIT DAN MOFA)


Agensi: INSKEN

Keterangan Program: Program ini merupakan program kolaborasi bersama agensi-agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri melibatkan program latihan, bimbingan atau konsultasi bergantung kepada permintaan agensi kolaborasi.

4

GRADUATE MENTORING PROGRAM


Agensi: BANK RAKYAT

Keterangan Program: Menawarkan peluang sebagai “Job Creator” dalam bidang keusahawanan secara holistik dan “hand holding” yang berkonsepkan “coaching mentor mentee”.

5

ENTREPRENEUR 720 DEVELOPMENT


Agensi: BANK RAKYAT

Keterangan Program: Membimbing usahawan yang telah dikenal pasti bagi pembentukan profesionalisme anjakan paradigma yang berdaya tahan, berdaya saing, dan mampan, bagi mengukuhkan kelestarian ekonomi.

6

GEMILANG EKONOMI BUMIPUTERA


Agensi: BANK RAKYAT

Keterangan Program: Memacu landskap sosioekonomi dan migrasi golongan yang kurang mendapat perkhidmatan (underserved) dan tidak mendapat perkhidmatan (unserved) juga “unbankable” melalui bimbingan seminar keusahawanan, memupuk pendigitalan, dan celik kewangan.

7

RAKYATPRENEUR 7.0


Agensi: BANK RAKYAT

Keterangan Program: RAKYATpreneur merupakan satu inisiatif kewangan sosial yang dirancang untuk memperkasa usahawan mikro dalam kalangan golongan asnaf dengan memantapkan kompetensi perniagaan serta kemahiran pengurusan kewangan mereka.

8

BANK RAKYAT UNIPRENEUR 6.0


Agensi: BANK RAKYAT

Keterangan Program: Bank Rakyat UNIpreneur merupakan satu inisiatif kewangan sosial yang dirancang untuk memperkasa usahawan mikro dalam kalangan golongan mahasiswa asnaf dengan memantapkan kompetensi perniagaan serta kemahiran pengurusan kewangan mereka.

9

i-TEKAD


Agensi: BANK RAKYAT

Keterangan Program: RAKYATpreneur B40 iTEKAD merupakan inisiatif kewangan sosial yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan individu dalam komuniti setempat, terutamanya mereka yang datang daripada latar belakang kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah.

10

TRANSFORMASI INKLUSIF PERBANKAN SYARIAH (TIPS)


Agensi: BANK RAKYAT

Keterangan Program: Transformasi Usahawan dan Koperasi ke arah perspektif perbankan Syariah dengan mengamalkan operasi perniagaan patuh Syariah ke arah pertumbuhan sosioekonomi yang inklusif, berasaskan piawaian perbankan Syariah.

11

MAJU USAHAWAN MADANI 2.0


Agensi: SME BANK

Keterangan Program: Program Maju Usahawan Madani menawarkan kursus latihan selama satu hari yang merangkumi sekurang-kurangnya lima modul utama Artificial Intelligence (A.I.) and Digital Adoption in Business, Strategic Management, Financial Management & Introduction to E-Invoicing, Halal Awareness and ESG Awareness.

12

GREEN SHIFT PROGRAM


Agensi: SME BANK

Keterangan Program: PKS yang menyertai program ini akan menerima sehingga 10 hari sesi bimbingan berkumpulan dan individu, dalam tempoh sehingga 10 bulan bermula Januari hingga Oktober 2026. Forum Serantau Greenshift, termasuk sesi pemadanan perniagaan, akan diadakan pada September 2026 di Manila, bagi membolehkan syarikat untuk turut serta.