“Inisiatif pembiayaan musim perayaan diperkenalkan bagi membantu usahawan mikro memperoleh akses pembiayaan mudah serta cepat untuk meningkatkan kapasiti perniagaan menjelang musim perayaan. Inisiatif ini bertujuan menyokong keperluan modal pusingan, penambahan stok, operasi perniagaan dan peluang peningkatan jualan semasa tempoh permintaan pengguna yang lebih tinggi”
5 Februari 2026
"KUSKOP mengumumkan dua program pembiayaan khas bagi memperkukuh akses pembiayaan kepada usahawan mikro, merangkumi Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT) berjumlah RM50 juta sempena kehadiran bulan Ramadan oleh TEKUN serta Program Pembiayaan Khas Perusahaan Mikro Milikan Cina"(BERKAT) bernilai RM30 juta sempena Tahun Baharu Cina yang dilaksanakan oleh SME Corp"