HEBATKAN PERNIAGAAN MALAYSIA
Hebatkan Perniagaan Malaysia merupakan sebuah kempen strategik yang dirangka khusus untuk memperkasa usahawan tempatan, terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
Inisiatif ini berhasrat untuk melonjakkan daya saing perniagaan Malaysia melalui pembiayaan yang menyeluruh, pembangunan kapasiti, serta promosi berterusan produk-produk tempatan yang berkualiti tinggi di peringkat serantau dan global.
4 Strategi Utama:
ANJAKAN PRODUKTIVITI
Memperkasa usahawan dengan kecekapan pengurusan perniagaan, pengadaptasian teknologi digital terkini serta peningkatan kemahiran
BIROKRASI DIKURANGKAN
Mempertingkatkan kecekapan pengurusan pembiayaan melalui pengurangan kos serta tempoh masa kelulusan
CAPAIAN MODAL
Meningkatkan akses dan peluang usahawan terhadap modal perniagaan dengan kadar yang lebih rendah
DAYA AKSES PASARAN
Memperkasa perniagaan agar dapat menembusi pasaran tempatan dan juga antarabangsa