Kembangkan capaian perniagaan anda dalam pasaran domestik dan antarabangsa.
MARI MART (RANTAIAN BEKALAN USAHAWAN TEMPATAN)
Agensi: UDA HOLDINGS
Keterangan Program: MARI Mart merupakan platform pemasaran berkonsepkan kedai serbaneka yang mengumpul, mempromosi dan memasarkan produk PMKS Bumiputera. Inisiatif ini menyediakan akses pasaran kepada vendor baharu melalui penambahbaikan produk, penjenamaan asas dan fasilitasi vendor di premis MARI Mart.
KIRANA (PEMASARAN PRODUK SENI & KRAFTANGAN)
Agensi: UDA HOLDINGS
Keterangan Program: KIRANA ialah hab pemasaran produk seni dan kraftangan
Bumiputera berasaskan konsep SDSI (Satu Daerah/Negeri Satu Industri). Inisiatif ini menyediakan ruang pameran, penjenamaan dan saluran pemasaran
strategik melalui fasilitasi vendor serta pemilihan produk kraf.
MALAYSIAN ENTREPRENEUR HUB (MEH)
Agensi: UDA HOLDINGS
Keterangan Program: Malaysian Entrepreneur Hub (MEH) adalah penyediaan ruang niaga di hab strategik dan program insentif sewaan bagi menyokong kemasukan, penyertaan dan kelangsungan usahawan Bumiputera.
PROGRAM PEMERKASAAN RANTAIAN BEKALAN KOPERASI (SCOPE)
Agensi: SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM)
Keterangan Program: Pemberian geran untuk menggalakkan koperasi mempelbagaikan aktiviti perniagaan melalui pelaksanaan aktiviti ekonomi yang berdaya maju.
PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI PERTANIAN PERLADANGAN (TEKAD)
Agensi: SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM)
Keterangan Program: Program ini bertujuan menaik taraf aktiviti pertanian dan
perladangan koperasi melalui inovasi dan teknologi bagi meningkatkan produktiviti, skala pengeluaran,
dan pendapatan secara mampan. Amaun maksimum geran yang ditawarkan adalah berjumlah RM190,000/ koperasi.
Terbuka kepada koperasi yang menjalankan aktiviti berkaitan: tanaman/perladangan, ternakan, perikanan termasuk akuakultur.
Kos operasi harian dan reimbursement untuk projek siap adalah TIDAK DIBENARKAN.
PROGRAM KOPERASI KOMUNITI INDIA (BAKTI MADANI)
Agensi: SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM)
Keterangan Program: Pemberian geran untuk menggalakkan koperasi mempelbagaikan aktiviti perniagaan melalui pelaksanaan aktiviti ekonomi yang berdaya maju.
PADANAN PERNIAGAAN (PADANIAGA) - SDSI
Agensi: BAHAGIAN PEMBANGUNAN EKOSISTEM KEUSAHAWANAN (BPES)
Keterangan Program: Memberikan peluang kepada usahawan untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran baharu.
PROGRAM PENGANTARABANGSAAN USAHAWAN HALAL
Agensi: BAHAGIAN PEMBANGUNAN HALAL dan VENDOR (BPHV)
Keterangan Program: Meningkatkan akses pasaran dalam kalangan usahawan PMKS Halal ke peringkat global atau antarabangsa.
PROGRAM KESEDIAAN PKS KE AKSES PASARAN (PKS@KSES)
Agensi: SME CORP. MALAYSIA
Keterangan Program: Program ini menyediakan sokongan pembiayaan dan pembangunan kapasiti kepada PKS tempatan dalam meningkatkan keupayaan mengembangkan pasaran ke dalam dan luar negara.
BUSINESS EXPORTS PROGRAM (BEP) 3.0
Agensi: SME CORP. MALAYSIA
Keterangan Program: Program ini menyediakan sokongan pembiayaan dan pembangunan kapasiti kepada PKS tempatan dalam meningkatkan keupayaan mengembangkan pasaran ke dalam dan luar negara.
CAMISA RENTAS BENUA...GOGLOBAL X MATRADE
Agensi: BANK RAKYAT
Keterangan Program: Program khas yang direka untuk memperkasakan usahawan tempatan berpotensi tinggi dengan strategi perniagaan yang lebih efektif bagi meningkatkan daya saing global dan menembusi pasaran antarabangsa.