Apa itu Perusahaan Sosial?



Perusahaan sosial ialah entiti yang berdaftar di bawah undang-undang bertulis di Malaysia, didorong oleh matlamat sosial dan mempunyai model perniagaan yang berdaya maju dari segi kewangan bagi menangani cabaran sosial dan/atau alam sekitar, serta bertujuan untuk menghasilkan impak yang positif kepada penerima manfaat dan ekonomi.



Pembangunan Keusahawanan Sosial



Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial 2030 (SEMy2030) telah dilancarkan pada 23 April 2022 bertemakan “Mengarus Perdana Perusahaan Sosial, Menormalisasi Impak Sosial” merupakan hala tuju baharu pembangunan keusahawanan sosial di Malaysia. Ia bertujuan untuk mengarusperdanakan perusahaan sosial sebagai penyumbang yang efektif kepada pembangunan sosioekonomi negara yang inklusif, seimbang dan mampan.

Ciri-Ciri Sebuah Perusahaan Sosial

Didorong oleh matlamat /tujuan
  • Tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata
  • Menyelesaikan masalah sosial melalui keuntungan/ pendapatan yang dijana
Perniagaan berdaya maju

  • Mempunyai sumber kewangan yang mampan
  • Menjana pendapatan daripada aktiviti perniagaan


Menangani cabaran sosial/alam sekitar
  • Membantu Kerajaan dalam mengurangkan atau menyelesaikan isu/cabaran sosial dan/atau alam sekitar yang membelenggu negara
Mencapai impak positif

  • Membawa perubahan transformatif kepada masyarakat dan alam sekitar




Matlamat Keusahawanan Sosial

Icon Image

Penerima Manfaat Perusahaan Sosial


Icon Image

Rakan Strategik



Image Slideshow