GALERI AKTIVITI PERUSAHAAN SOSIAL

Maklumat Program

Lawatan Perusahaan Sosial ke Sustain;ed

  • Tarikh: 12 September 2025
  • Tempat: Sustain;ed by Earth Heir dan Sea Monkey
  • Anjuran: KUSKOP
  • Naratif: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah mengadakan lawatan kerja ke Sustain;ed by Sea Monkey & Earth Heir yang turut melibatkan penyertaan delegasi dari pelbagai negara ASEAN. Semasa lawatan tersebut, dua jenis bengkel telah dilaksanakan secara serentak, iaitu Plastic Recycling Workshop dan Plastic Bag Upcycling Workshop berlangsung selama satu jam.

    Melalui bengkel ini, para peserta berpeluang mempelajari teknik hands-on dalam memproses semula bahan plastik kepada produk baharu yang bernilai. Pendedahan ini turut membantu meningkatkan pemahaman mereka mengenai pengurusan sisa, inovasi dalam kitar semula, serta potensi impak sosial dan alam sekitar yang boleh dihasilkan melalui amalan kelestarian