GALERI AKTIVITI PERUSAHAAN SOSIAL

Maklumat Program

Program Rancakkan MADANI, Putrajaya

  • Tarikh: 5 - 7 Disember 2025
  • Tempat: Dataran Putrajaya
  • Anjuran: KUSKOP
  • Naratif: Program Rancakkan MADANI yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah berlangsung pada 5 hingga 7 Disember 2025 di Dataran Putrajaya, menjadi platform yang strategik dalam memperkasa perusahaan sosial melalui promosi dan peluasan akses pasaran. Program ini menampilkan pelbagai produk perusahaan sosial di reruai KUSKOP, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali, menyokong dan membeli produk yang bukan sahaja berkualiti, malah membawa manfaat nyata kepada kumpulan sasar serta misi sosial yang inklusif. Lebih menarik, tiga (3) perusahaan sosial terpilih turut diberi peluang mengendalikan reruai jualan sendiri, membolehkan interaksi secara langsung dengan pelanggan, perkongsian kisah impak sosial, serta pengukuhan jenama produk berteraskan nilai dan kelestarian. Inisiatif ini mencerminkan komitmen KUSKOP dalam menyokong ekosistem keusahawanan sosial selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan SEMy 2030.