GALERI AKTIVITI PERUSAHAAN SOSIAL

Maklumat Program

Mesyuarat Penilaian Calon Anugerah

  • Tarikh: 11 November 2025
  • Tempat: Bangi Resort Hotel, Bangi Golf Club, Bangi
  • Anjuran: KUSKOP
  • Naratif: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah mengadakan Mesyuarat Penilaian Anugerah Perusahaan Sosial Malaysia (MySEA) 2025 melibatkan seramai 10 orang panel penilai yang telah dilantik daripada pelbagai Kementerian dan Agensi. Tujuan mesyuarat ini dijalankan ialah bagi menilai dan memilih perusahaan sosial yang layak untuk menerima anugerah tersebut mengikut kriteria dan panduan yang telah ditetapkan. Sebanyak 34 permohonan diterima yang dicalonkan oleh persatuan-persatuan perusahaan sosial.