GALERI AKTIVITI PERUSAHAAN SOSIAL

Maklumat Program

Lawatan Koperasi di Terengganu

  • Tarikh: 5 - 6 November 2025
  • Tempat: Terengganu
  • Anjuran: KUSKOP
  • Naratif: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), menganjurkan program pembudayaan koperasi sebagai perusahaan sosial yang dilaksanakan secara usaha sama antara Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil (BKPPK) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa). Tujuan penganjuran program ini adalah untuk memberikan penerangan berkenaan objektif perusahaan sosial kepada koperasi-koperasi yang berminat seterusnya membimbing koperasi yang terpilih untuk mendapatkan penarafan perusahaan sosial. Sehubungan dengan itu, sesi lawatan ke empat (4) buah koperasi yang telah mendapat engiktirafan perusahaan sosial serta memberi penerangan berhubung perusahaan sosial kepada koperasi-koperasi baharu bagi memantau keberkesanan penglibatan koperasi tersebut dalam perusahaan sosial ini.