GALERI AKTIVITI PERUSAHAAN SOSIAL

Maklumat Program

Pemberian Produk Perusahaan Sosial Oleh YB Menteri Kepada Warga KUSKOP Sempena Sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru 2025

  • Tarikh: 18 Disember 2024
  • Tempat: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  • Anjuran: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  • Naratif: YB Menteri Datuk Ewon Benedick dengan sukacitanya mengedarkan biskut yang dihasilkan oleh Silent Teddies Bakery sempena Sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru 2025. Silent Teddies Bakery telah mendapat penarafan Perusahaan Sosial Diakreditasi (SE.Ac) dan Perusahaan Sosial Asas (SE.B) pada tahun 2023 daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

    Silent Teddies Bakery beroperasi dengan misi sosial untuk memperkasakan komuniti kurang upaya pendengaran dengan memberikan peluang pekerjaan dan latihan kemahiran kepada golongan ini dalam menghasilkan pelbagai produk bermutu tinggi. Langkah ini bukan sahaja memupuk semangat keusahawanan sosial tetapi turut memberikan impak positif kepada masyarakat.