Maklumat Usahawan
Shazam Catering & Food Services (Pekasam)
- Ibarat kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Begitulah semangat seorang usahawan dalam diri Puan Sharifah Nurul Shahida binti Syed Abdul Rahman yang tidak menunggu bulan jatuh ke riba tatkala berdepan dengan kerugian dalam perniagaan restoran dan katering miliknya akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
- Bermula sebagai Sahabat Usahawan sejak tahun 2016 dengan pinjaman RM2,000 daripada Amanah Ikhtiar Malaysia, Sharifah berjaya mengembangkan perniagaannya sehingga meraih pendapatan ratusan ribu. Malah, produk pekasam dan katering beliau terus mendapat tempat di hati pelanggan selepas memperoleh pensijilan halal menerusi bimbingan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia.
- Kegigihan dan kecekalan ibu kepada seorang anak itu juga melayakkan beliau merangkul pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Kecemerlangan Usahawan Peringkat Kebangsaan 2022 (Anugerah Usahawan Asnaf) dan Anugerah Khas Menteri Besar Perak 2021.
- #HebatkanPerniagaanMalaysia